Tuesday, February 12, 2019

Contoh Penulisan Jurnal Mingguan ( Versi Melayu )


CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN (Versi Melayu)
MURID  KURANG  MENUNJUKKAN  MINAT  TERHADAP PELAJARAN
Rosdiana bt Mohd Rizuwan
KPLI P.Jasmani                    

Masalah
                  Saya mengajar di Kelas 2 Nilam bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Murid-murid di dalam kelas ini sangat aktif dan menunjukkan minat terhadap pelajaran yang diajar. Namun begitu, terdapat seorang murid lelaki yang murang menunjukkan minat terhadap mata pelajaran yang diajar guru. Ketika guru memberikan penerangan didapati murid ini kurang memberikan tumpuan terhadap demonstrasi serta penerangan yang diberikan guru. Murid ini juga kelihatan mempunyai sikap yang agak pasif. Sikap murid berkenaan menyebabkan dirinya sentiasa disisih oleh rakan-rakan yang lain, mereka menganggapnya lemah dan lembab. Keadaan ini menyebabkan murid merasa rendah diri dan tidak menunjukkan minat untuk bermain bersama rakan yang lain. Menurut J.B. Watson (1878-1958)emosi manusia senantiasa berubah. Manusia mewarisi tiga jenis emosi semulajadi iaitu takut, marah dan kasih sayang.Tingkah laku murid ini dipengaruhi oleh tingkah laku negatifnya yang menyebabkan murid ini menjadi pasif dan tidak suka menonjolkan diri serta tidak aktif seperti rakannya yang lain. Dalam pada itu, Watson(1878-1958)  juga turut menjelaskan peranan guru dalam proses pengajaran. Guru hendaklah menggunakan ransangan yang boleh memotivasikan murid supaya minat belajar dan mengelakkan penggunaan ransangan yang membawa kesan negative. Saya akan menggunakan pelbagai pendekatan supaya dapat mengubah persepsi negative murid ini kepada pemikiran yang positif. Murid ini tiada mengalami sebarang kecacatan diri dan seharusnya murid ini menjadi aktif seperti rakan-rakannya yang lain.
Analisis Masalah
Menurut Cottle dan Downie (1970), kaunseling di bawah bimbingan secara individu merujuk kepada proses perbincangan diantara seorang kaunselor dengan seorang kliennya di mana kaunselor  ini berusaha menolong kliennya memahami diri sendiri dan menerima masalah yang dihadapi sehingga dapat membuat pertimbangan dan mengambil  keputusan daripada pilihan-pilihan yang dapat membantunya mengatasi  masalah. Sikap yang ditunjukkan oleh murid yang terlibat menyebabkan saya terpaksa menyiasat masalah yang dihadapi oleh murid berkenaan. Antara soalan-soalan yang timbul di dalam di dalam pemikiran saya ialah:
-       Adakah murid tidak minat langsung terhadap mata pelajaran yang saya ajar?
-       Mengajar murid ini bersikap sedemikian ?
-       Apakah latar belakang sebenar murid ini ?
-       Apakah yang perlu saya lakukan untuk membantu murid ini ?
-       Mungkinkah kerana factor persekitaran?
-       Bagaimanakah penglibatan murid ini di dalam kelas sebelum ini ?
                                                                                                                                                                                                 Daripada tinjauan awal yang telah saya lakukan melalui temubual  dengan guru-guru danrakan yang tinggal berdekatan dengan rumah murid ini, saya dapat merumuskan bahawa terdapat beberapa faktor penyebab kepada permasalahan ini, iaitu:
                  Murid ini dari kumpulan yang lemah
-       Murid ini berasal dari golongan yang kurang berada
-       Tiada sebarang kecacatan diri
-       Takut untuk berinteraksi dengan rakan yang lebih menonjol
-       Sentiasa memerlukan tunjuk ajar
-       Sikapnya yang pasif menyebabkan murid ini senantiasa disisihkan rakan 
-       Tidak yakin dengan diri
Hasil daripada pemerhatian yang dibuat, murid ini menghadapi masalah disebabkan factor persekitaran iaitu lebih merujuk kepada suasana di dalam kelas tersebut. Sikap rakan-rakan yang menyisihkan murid ini menjadikan murid ini lebih bersifat pasif dan takut untuk terlibat sama melakukan aktiviti. 
Cadangan
Bagi mengubah sikap murid ini daripada terus menjadi pasif , saya  telah membuat beberapa cadangan yang boleh membantunya untuk aktif sama seperti rakannya yang lain. Antara cadangan saya adalah seperti berikut:
-       Meminta rakan agar tidak menyisihkan murid ini
-       Memberikan kata-kata perangsang supaya murid ini lebih berkeyakinan untuk memajukan diri
-       Membimbing murid ini untuk bersama-sama melakukan aktiviti
-       Menggalakkan murid lain memberikan sokongan kepadanya
-       Menyuruh murid ini melakukan aktiviti sambil menilai tahap kemampuannya.
Menurut Galton (1865) , telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan yang berbeza dengan rakan sebayanya. Perbezaan kecerdasan antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi  murid di dalam sesuatu kelas. Menurutnya , ibubapa yang cerdas pintar akan melahirkan anak yang juga cerdas pintar.
Tempoh Penyelesaian                                                                                                                                          
14 Julai 2008- 1 Ogos 2008 (3 minggu)
Tindakan Susulan
                  Sebagai guru  saya bertanggungjawab untuk senantiasa memberikan dorongan serta tunjuk ajar. Hasil daripada pembacaan dan kajian yang dibuat , bagi menangani masalah murid ini saya telah merujuk kepada konsep kendiri  positif yang perlu ada di dalam  diri seseorang murid bagi mendorongnya menjadi lebih yakin terhadap kemampuan dirinya. H.V Perkins dalam bukunya Human Development and Learning (1974) berpendapat  konsep diri  terdiri daripada persepsi kepercayaan, perasaan, sikap serta nilai yang khusus dipegang oleh seseorang individu tentang dirinya.Hasil daripada kajian yang dilakukan didapati konsep kendiri ini dibentuk daripada interaksi dengan keluarga, guru, sekolah, rakan sebaya dan masyarakat serta pengalaman dan penyesuaian diri dengan persekitaran. Murid ini akan diajar langkah demi langkah daripada pergerakan yang asas kepada yang lebih sukar. Rakan-rakan digalakkan untuk turut sama memberikan sokongan kepadanya. Sikap mementingkan diri dan memilih kawan dilarang sama sekali oleh guru. Semua ktiviti perlu dilakukan secara bersama oleh semua murid.
Kesimpulan

Menurut kajian yang dilakukan oleh H.V Perkins, didapati bahawa konsep kendiri dan nilai-nilai diri merupakan faktor-faktor yang penting untuk mencapai kejayaan di dalam bidang akademik atau ko kurikulum. Sekiranya seseorang murid ingin mencipta kejayaannya, dia hendaklah mensepsikan dirinya sebagai seorang murid yang berkebolehan dan mepmpunyai penghargaan diri yang tinggi. Murid-murid perlulah diberi peluang untuk memupuk nilai dirinya sendiri. Murid juga perlu mengekalkan hubungan yang sihat sesama rakan dan menggalakkan interaksi positif dalam kalangan rakan sebaya. 

Model Refleksi Kritis ( 4 Langkah ) - Panduan untuk menulis catatan refleksi setiap kali selesai melaksanakan proses PdP





Contoh Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH)







Bilangan Penyeliaan Praktikum